Hukum
memakan harta orang lain tanpa izin adalah dilarang. Firman Allah dalam surah
al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud: "Janganlah kamu memakan harta sesama
kamu dengan cara yang salah."
Bagi
haiwan, tidak mampu berfikir seperti manusia dan tidak menghiraukan dari mana
sumber makanannya. Tiada hukum halal haram bagi binatang.
Oleh
itu tuan punya haiwan yang bertanggungjawab memastikan sumber makanan haiwan
tersebut dan tidak dibiarkan bebas makan di kawasan larangan.
Cara
haiwan itu makan dan membesar menentukan harus atau tidak daging dimakan atau digunakan
hasil jualannya.
Banyak
penternak melepaskan haiwan ternakan merayau yang pasti akan makan apa sahaja yang
dijumpai. Lembu dan kembing biasanya akan memakan pokok tanaman orang kampung yang
pastinya merugikan pemilik pokok itu.
Menternak
dengan cara melepaskan haiwan ternakan adalah tidak harus, melainkan kawasan menternak
jauh dari kawasan penempatan.
Maka
hasil daging dan jualan ternakan itu juga tidak harus digunakan. Jika dimakan atau
diambil manfaatnya, maka ia tidak membawa berkat dan menjadi dosa.
Rezeki
daripada hasil haram akan menumbuhkan tubuh, darah dan daging yang akan menjadi
bahan bakar api neraka. Setiap suapan makanan yang tidak halal diisi ke perut
akan memberi kesan kepada nilai dan kualiti hidup seseorang.
Ajaran Islam amat mementingkan agar setiap penganutnya hanya memakan atau menggunakan sumber yang diperoleh secara halal.
Firman Allah bermaksud: “Oleh itu makanlah (wahai orang-orang yang beriman) semua yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.” (Surah al-Baqarah, ayat 172).

No comments:
Post a Comment