Gunung
Ledang dengan ketinggian 1276 meter dari aras laut adalah gunung tertinggi di
Johor. Gunung Ledang banyak menyimpan sejarah lagenda Puteri Ledang yang
dikaitkan dengan syarat peminangan yang cuba ditunaikan oleh Sultan Melaka
kecuali semangkuk darah puteranya sendiri. Gunung Ledang juga dikenali Mount
Ophir.
Diselubungi
lagenda mistik dan cerita dongeng, Gunung Ledang terus mempesona dan
menimbulkan rasa ingin tahu penduduk tempatan dan pelancong.
Menurut legenda Puteri Gunung Ledang, Sultan Melaka mahu mengahwini Puteri itu tetapi dia tidak mahu berkahwin dengan Sultan lalu meminta Sultan mempersembahkan tujuh balang air mata wanita, tujuh dulang hati nyamuk serta tujuh mangkuk darah anak Sultan.
Sultan tidak dapat memenuhi permintaan mustahil ini, lalu Puteri itu melarikan diri ke gunung serta terus hidup di dalam gua yang tersembunyi, hingga ke hari ini.

ini sangat ideal untuk pelbagai aktiviti luar dengan denai gunung yang
mencabar, air terjun yang dingin, serta flora dan fauna eksotik termasuk
berbagai-bagai spesis burung.
Melalui puncak yang agak rata, 1.276m di atas paras laut, pemandangan panorama Selat Melaka dan juga pesisiran pantai Sumatera dapat dilihat pada hari yang cerah. Air Terjun Sagil di kaki gunung juga merupakan tempat perkelahan yang popular.

Nama
Gunung Ledang dipercayai mula digunakan pada zaman empayar Majapahit yang
bermaksud 'gunung yang jauh'. Di kalangan pelayar dari China pula memanggilnya
'kim sua' atau Gunung Emas.
Gunung
Ledang kini termasuk satu satu kawasan yang diwartakan sebagai Taman Negara
(Johor) dan dilindungi sepenuhnya sebagai kawasan kawalan melalui Enekmen
Perbadanan Taman Negara (Johor) Tahun 1989.
Taman
Negara Johor Gunung Ledang meliputi kawasan seluas 10,022 hektar. Kira-kira 13
peratus kawasannya terdiri hutan simpan dara.
Gunung
Ledang merupakan antara gunung yang paling diminati para pendaki untuk menawan
kemuncaknya. Setiap tahun kira-kira 50,000 orang berusaha mendaki ke puncaknya.
Pendakian biasanya mengikut dua laluan utama iaitu mengikut pekan Sagil di
Johor dan Asahan di Melaka.
Laluan
Sagil lebih dekat untuk sampai ke puncak dan terdapat banyak sumber air
diperoleh sepanjang laluan, tetapi terpaksa melalui banyak tebing curam yang
menyukarkan pendakian.
Manakala laluan Asahan pula lebih landai, kecuali beberapa tempat yang curam, tetapi lebih jauh dan hanya terdapat satu tempat sumber air sepanjang pendakian ke puncak.
Manakala laluan Asahan pula lebih landai, kecuali beberapa tempat yang curam, tetapi lebih jauh dan hanya terdapat satu tempat sumber air sepanjang pendakian ke puncak.
Masa
mendaki untuk kedua-dua laluan antara tiga hingga lima jam mengikut keupayaan
fizikal pendaki dan bilangan ahli kumpulan yang menyertainya.
Bagi
setiap 10 orang pendaki diwajibkan disertai oleh seorang penunjuk jalan yang
berdaftar dengan Taman Negara Johor Gunung Ledang.
Selain
mendaki ke puncak, orang ramai juga berpeluang melakukan pelbagai aktiviti lain
di kawasan Taman Negara Johor Gunung Ledang seperti paragliding, memerhati
burung, merentas hutan, berkhemah dan beberapa aktiviti lain yang dikendalikan
oleh pihak perbadanan.
No comments:
Post a Comment