Amalan penganugerahan darjah kebesaran menjadi
amalan di seluruh dunia sejak tamadun manusia membentuk lapisan masyarakat yang
berbeza kedudukan.
Darjah kebesaran membawa bersama-sama gelaran
kepada penerimanya. Sedangkan penerima pingat pula tidak membawa gelaran.
Darjah kebesaran dan pingat mempunyai pelbagai kelas yang membezakan
pengiktirafan terhadap penerimanya.
Penganugerahan
darjah kebesaran kepada seseorang individu dinilai berdasarkan sumbangannya
terhadap pembangunan masyarakat dan negara.
Namun, dalam mesyarakat yang bergantung
kepada persepsi dan impresi orang lain, penerima anugerah yang membawa kepada
gelaran tertentu bukan lagi dilihat sebagai jasa yang telah disumbangkan,
tetapi tetapi apa gelaran yang dibawa bersama dengan anugerah itu.
Gelaran itu dijadikan asat atau
kelebihan untuk penyandang menggunakan gelaran itu untuk keuntungan peribadi,
terutama dalam bentuk kewangan dan pengaruh.
Maka, untuk mendapat gelaran itu,
individu sanggup melobi mendapatkan gelaran daripada Sultan atau Yang Dipertua
Negeri.
Dalam keghairahan itu, ada pihak
mengambil kesempatan untuk menawarkan darjah yang sebenarnya tidak wujud atau
dari pertubuhan yang tidak layak menganugerahkannya.
Fenomena ini menyebabkan individu yang
mengaku menerima darjah kebesaran bertambah. Masing-masing menggunakan gelaran yang
membawa kepada individu berkenaan menerima penghormatan dari masyarakat.
Mereka dipandang tinggi dalam
masyarakat disebabkan gelaran yang disandang. Seseorang yang mempunyai sosial
strata yang tinggi secara tidak langsung membuka lebih banyak peluang
pengembangan karier sama ada dalam urusan perniagaan, pertubuhan atau politik.
Individu mengguna gelaran, tidak kira yang
sah mahupun palsu, perlu mematuhi etika dan norma-norma yang sepatutnya. Sekarang,
terlalu kerap penyandang gelaran yang dihadapkan dengan pelbagai pertuduhan yang
melambangkan kerendahan budi pekerti dan kedudukan mereka.
Berita penangkapan, tahanan reman, pertuduhan
di mahkamah sehinggalah kepada dijatuhi hukuman, individu bergelar mendapat liputan
meluas di media massa.
Sekarang ini seperti tiada hari yang bebas
dari liputan mengenai individu bergelar dikaitakan dengan jenayah. Kekerapan itu
secara tidak langsung ia mengikis nilai eksklusif darjah kebesaran tersebut.
No comments:
Post a Comment