Khasiat
ketam nipah dipercayai mampu mengubati deman denggi untuk meningkatkan bilangan
platlet darah. Ketam nipah mengandungi khasiat vitain A, B, Bm dan B 12 serta
mineral zink dan tembaga.
Isi ketam nipah segar memang sedap. Selain dibakar, ketam nipah
sedap dimasak gulai lemak cili api, tomyam dan sup. Kalau direbus ‘kosong’ dan
dicicah dengan sambal kicap memang terangkat.
Dinamakan
ketam nipah atau nama saintifiknya Scylla olivacea kerana habitat ketam ini
banyak hidup di kawasan banyak pokok nipah dan hutan bakau di tepi sungai
berlumpur.
Ketam nipah
juga dikenali ketam bakau atau ketam lumpur.
Dalam
persekitaran semula jadi, ketam nipah hidup di muka muara sungai yang berlumpur.
Keluar mencari makam terdiri ikan dan hidup air lain termasuk siput.
Ketam nipah membiak secara bertelur. Ketam nipah adalah dari
spesis "carnivor' atau ganas. Sebab itu, ketam nipah sukar ditangkap. Ketam
nipah yang telah ditangkap perlu diikat sepitnya dengan tali raffia.
Ketam nipah
spesies bersembunyi di lubuk dan sukar untuk menangkapnya. Perlu ada kemahiran
untuk menangkap ketam nipah dengan menggunakan alat tangkul atau dipanggil juga
bento.
Tangkul akan
diletakkan umpan menggunakan ikan segar biasanya tenggiri, tamban atau kembung.
Umpan ikan segar akan menarik ketam nipah keluar dari lubuknya.
Ketam nipah
akan masuk ke dalam tangkul dan terperangkap. Setiap tangkul boleh memerangkap beberapa
ketam nipah pada satu-satu masa.
No comments:
Post a Comment