Buah
asam kumbang atau nama saintifiknya Mangifera quadrifida merupakan
buah yang semakin sukar ditemui. Buah ini berasal di Malaysia dan Indonesia.
Nama
tempat Asam Kumbang di Perak dipercayai berasal dari nama buah asam kumbang
yang dikatakan terdapat di tempat tersebut.
Rasanya
jika hendak dibandingkan dengan buah bacang, rasa buah asam kumbang
lebih masam lagi. Kulit buah asam kumbang berwarna hijau kusam ketika
muda dan berwarna merah keunguan apabila telah matang atau masak.
Bila
dikupas kulitnya, kita akan dapat melihat warna unggu di lapisan bawah kulit, tetapi isi berwarna kuning.
Rasa buah asam kunbang masam-masam manis dan
berserabut. Berbau kuat dan biasanya dimakan dalam keadaan segar. Selain itu ia
juga boleh dibuat jeruk.
No comments:
Post a Comment