Pokok gelenggang atau disebut juga sebagai daun senna
merupakan pokok herba renek yang tumbuh liar di belukar atau hutan di Malaysia
yang dikatakan berasal dari benua Amerika.
Dikenali juga sebagai pokok kurap, belukar lilin atau nama Inggerisnya seperti candelabra bush, empress candle plant, ringworm tree atau candle tree dengan nama saintifik sebagai cassia alata atau C. senna dari famili Leguminosae banyak digunakan dalam perubatan tradisional sejak berzaman lagi.
Pokok gelenggang boleh mencapai ketinggian 2 – 10 meter
dengan daun berbentuk seiras (bilateral) dan berlawanan secara simetri, akan
kucup pada waktu malam.
Bunga galenggang berwarna kuning atau oren dan dilitupi oleh
penutup yang menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang. Buahnya bersalut
kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil berbentuk bulat.
Dalam perubatan Melayu, daun gelenggang merupakan tumbuhan
ubatan yang mujarab untuk mengubati penyakit kulit seperti kurap dan panau.
Caranya dengan melumatkan daun galenggang tanpa air dan dicampur setitik minyak
tanah dan lumurkan pada tempat yang terkena kurap.
Lakukan beberapa kali hingga kurap hilang. Kesannya sedikit
pedih. Selain dari itu ia boleh dijadikan penawar kepada sengatan serangga dan
eczema.
Bahan kimia yang terdapat pada pod atau buah pokok
galenggang termasuklah saponin yang bertindak sebagai julap dan mengeluarkan
parasit usus. Di Afrika, daunnya direbus dan digunakan untuk merawat tekanan
darah tinggi.
Manakala di Amerika Selatan, disamping penyakit kulit, ia
juga digunakan untuk merawat pelbagai penyakit daripada masalah perut, demam,
asma untuk gigitan ular dan penyakit kelamin (sifilis, gonorea).
Pokok galenggang juga dikatakan mampu mengubati masalah
sembelit, satu sudu teh air rebusan daunnya boleh diambil sebagai julap. Akar
gelenggang boleh digunakan untuk mengatasi masalah uterus (rahim).
Air rebusan daunnya juga dijadikan ubat cacing, penawar
sawan, resdung, bengkak saluran nafas, Di sesetengah negara Amerika Selatan,
air rebusan akarnya dan akar alamanda digunakan untuk merawat penyakit malaria.
Daun gelenggang segar juga dipetik dan dikeringkan. Setelah
daun-daun gelenggang dikeringkan secara jemuran semulajadi, ia akan disalaikan
di atas bara api, untuk menimbulkan rasa dan aroma, daun-daun yang telah
disalai disimpan untuk diminum sebagai teh, yang dikenali sebagai teh Sulok
bagi orang Sarawak. Rasanya ringan dan baik sebagai minuman melawaskan kencing
(diuretic), menurunkan kolestrol darah (blood cholesterol) dan membersihkan
perut.
Asas perubatan herba dalam tumbuhan ini terletak pada
daunnya, walaupun akar dan bunganya juga digunakan dalam persiapan nilai
perubatan tertentu. Ekstrak dari pokok galenggang biasanya digunakan sebagai
ramuan untuk losyen, sabun dan syampu.
Dapatkan produk pokok gelenggang secara dalam talian.Dikenali juga sebagai pokok kurap, belukar lilin atau nama Inggerisnya seperti candelabra bush, empress candle plant, ringworm tree atau candle tree dengan nama saintifik sebagai cassia alata atau C. senna dari famili Leguminosae banyak digunakan dalam perubatan tradisional sejak berzaman lagi.
Di Shopee


No comments:
Post a Comment