Friday 8 November 2024

CIRI BATU UNIK DI KUANTAN

 
Geologi di kawasan Kuantan cukup unik kerana didasari oleh pelbagai jenis batuan igneus.  Batuan igneus jenis intrusif adalah granit yang merupakan batuan granit tertua di Semenanjung Malaysia yang dianggakar berusia 270 juta tahun. 

Singkapan batuan granit terbaik adalah di bahagian pantai Teluk Cempedak dan Bukit Tengkorak.

Paling unik dengan terdapatnya batuan ektrusif (magma yang dari perut bumi keluar ke permukaan bumi dan membeku menjadi batu) iaitu batu riolit (warna perang) dan batu basalt (warna hijau dan kuning).

Batuan basalt ini terbahagi kepada dua jenis berdasarkan perbezaan kandungan mineral. Magma basalt ini berasal daripada mantel bumi dan mungkin dikeluarkan melalui rekahan bumi.

Pentarikhan batuan menunjukkan usia basalt ini adalah sekitar 1.6 juta tahun iaitu ketika bumi dalam usia sub-stage Calabrian.

Singkapan terbaik batuan basalt ini adalah di Pantai Batu Hitam di mana tersingkap hamparan batuan kehitaman di pantai tersebut.

Basalt yang terluluhawa akan membentuk tanah yang berwarna meron atau merah gelap dan kaya dengan bijih aluminium - bauksit.

Cirian unik bagi batuan basalt adalah pembentukkan turus kekar (columnar jointing) yang tersingkap di Bukit Goh, Kuantan.
 

No comments:

Post a Comment