Friday 5 July 2024

SAMBAL IKAN BILIS PETAI TEMPOYAK

 
Musim buah durian gugur, banyak orang buat tempoyak, terutama durian kampung yang tidak habis dimakan. Tempoyak sejenis pekasam yang dibuat daripada durian dan boleh disimpan lama. Boleh menikmati aroma dan rasa durian pada luar musim durian gugur.
 
Tempoyak biasanyanya dicampurkan di dalam masakan seperti gulai ikan patin tempoyak atau pelbagai jenis masakan lain mengikut cita rasa masing-masing. Di Kelantan, banyak orang gemar makan budu yang dicampurkan tempoyak.
 
Satu menu yang terkenal dengan tempoyak ialah sambal ikan bilis petai tempoyak. Ini resipi ringkas sambal ikan bilis petai tempoyak.

Bahan:
- 5 sudu tempoyak
- 4 papan isi petai
- 1 labu bawang besar potong bulat-bulat
- Segenggam ikan bilis
- Sehelai daun kunyit muda diracik halus – untuk mengharumkan sambal.
- secubit  serbuk kunyit sebagai pewarna
- 5 sudu minyak masak untuk menumis

Bahan ditumbuk:-
- 2 ulang bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 5 biji cili padi merah

Cara membuatnya:

- Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.
- Masukkan tempoyak, ikan bilis, petai dan sedikit air tunggu sehingga petai layu/masak.
- Masukkan bawang besar, daun kunyit, serbuk kunyit.
- Tunggu sehingga daun kunyit layu
- Sedia diangkat.

No comments:

Post a Comment