Wednesday 24 July 2024

LEBUH RAYA WEST SPAN EXPRESSWAY (WISE)

 
Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) yang menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar akan mula dibina tahun ini.
 
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan pihak pengurusan WISE sudah memuktamadkan kandungan perjanjian konsesi. 
 
Lebuh raya WISE sepanjang 60 kilometer dilengkapi tiga lorong dua hala dengan laluannya bermula di Gopeng melalui Batu Gajah, Siputeh, Manong, Tronoh, Beko, Seri Iskandar, seterusnya Kuala Kangsar.
 
Lebuh raya berkenaan akan menjadi sebagai alternatif kepada laluan Terowong Menora di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).
 
Pembinaan lebuh raya ini dijangka sebagai solusi bagi mengatasi kesesakan luar biasa yang biasanya terjadi di Terowong Menora terutamanya apabila berlaku kemalangan dan semasa musim perayaan.

No comments:

Post a Comment