Sunday 23 June 2024

PROJEK ECRL MENJADI NADI PEMBANGUNAN KELANTAN

 
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menjadi nadi kepada pembangunan Kelantan pada masa hadapan. ECRL akan membawa pelbagai manfaat kepada negeri ini yang dianggap terpisah daripada pusat pertumbuhan di Lembah Klang.

Dengan adanya projek ini membolehkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat bersama mencetuskan pembangunan daripada pelaksanaan ECRL, termasuk melakukan tindakan agresif dengan menarik pelabur dengan menjamin beberapa insentif baharu di Kelantan.

Laluan ECRL di Kelantan melibatkan jajaran sepanjang 43 kilometer dengan dua buah stesen iaitu Stesen ECRL Kota Bharu di Bandar Baru Tunjung yang dikhususkan kepada penumpang dan Stesen ECRL Pasir Puteh di Kampung Cherang Tuli untuk penumpang serta kargo.

Stesen ECRL Kota Bharu melibatkan platform bertingkat dan dilengkapi dengan kemudahan seperti tempat letak kereta, lokasi mengambil dan menurunkan penumpang, laluan pejalan kaki berbumbung, kuarters pekerja dan kawasan landskap.

Pembinaan Stesen ECRL Kota Bharumerangkumi reka bentuk bangunan yang berteraskan konsep “Rumah Meleh Melayu” dan “Bunga Ketam Guri” serta menggunakan ciri-ciri unik kebudayaan Kelantan.

Mengikut perancangan, projek ECRL sepanjang 665 kilometer menghubungkan Kota Bharu dengan Terminal Bersepadu Gombak dijangka siap pada Disember 2026 dan mula beroperasi Januari 2027. Kos pembinaan melibatkan perbelanjaan RM50.27 bilion.


Gambar atas - Stesen ECRL Kota Bharu dalam proses pembinaan. Sumber daripada media sosial. 

Gambar bawah - Sumber daripada media sosial.


No comments:

Post a Comment