Monday 9 May 2022

CARA AMALAN PEMAKANAN BAIK

 
Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.

Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional boleh digabungkan kemudian.

Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti cara, gaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri-ciri positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.

Sekarang dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar. Lain-lain punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan kimia, radiasi dan pencemaran.

Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilihan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidrat.

Jauh makanan yang mungkin mengandungi toksin sebab diawet, diproses, ditambah perisa serta disimpan dalam tin. Jauhkan makanan tersebut dan juga makanan segera, serta minuman manis dan bergas.

Makan bahan mentah dan segar. Banyakkan sayur dan buah. Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan panas atau lama.

Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Kunyah makanan perlahan-lahan dan berulang-ulang sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik kunyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.

Mulakan makan dengan buah-buahan dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau boleh jangan tambah nasi; tambah lauk (protein) dan sayur-sayur jika sajian pertama tidak mengeyangkan.

Biasakan minum jus buah-buah yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah jus buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.

Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan dibuktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai-bagai pucuk daun yang mudah ditanam di sekitar rumah.

No comments:

Post a Comment