Sunday 15 May 2022

TUNJUK GAMBAR MEMBERI SEDEKAH DI MEDIA SOSIAL

 
Menjadi polimik apabila ada yang mempertikaikan mengapa perlu mengambil gambar dan memuat naik di media sosial menunjukkan sedang menyampaikan derma atau bantuan kepada golongan miskin.

Perbuatan itu dipertikan kerana perbuatan itu menimbulkan riak yang amat ditegah oleh agama, seterusnya menyebabkan tiada pahala diperoleh daripada derma itu, bahkan akan menimbulkan dosa.

Keduanya, perbuatan memuat turun itu boleh menyebabkan aib kepada penerima dan ahli keluarganya.

Bagi individu yang memuat naik gambar sedang menyampaikan sedekah atau apa-apa kebaikan yang dilakukan di media sosial adalah bertujuan sebagai ‘rekod’ aktiviti dan diharapkan ia akan menjadi contoh kepada orang lain untuk turut sama melakukan perkara yang sama.

Bahkan bagi individu dan NGO yang kerap melakukan program membantu orang susah, memuat naik gambar di media sosial adalah cara mendapatkan sumbangan orang ramai untuk diserahkan kepada yang memerlukan.

Banyak individu dan NGO yang terlibat dengan aktiviti membantu orang ramai sebenarnya mendapat dana daripada pihak lain. Jadi, aktiviti mereka perlu dikongsikan kepada umum untuk menarik lebih banyak penyumbang.

Apa pandangan berkenaan perkara ini, apa yang penting ialah sumbangan itu dapat disampaikan dan memberi manfaat kepada penerima. Jaga adab dan jangan keterlaluan memuat naik gambar di media sosial sehingga menampakkan sesuatu yang mengaibkan.

Tentang perasaan riak dan sombong, itu terpulang kepada sikap penyumbang. Kalaupun tidak memuat naik di media sosial, jika apa yang dilakukan itu bukan semata-mata kerana Allah, ia tetap tidak mendapat balasan pahala.

Tidak ditegah menunjukkan perbuatan sedekah kepada orang ramai, kerana ia ada kebaikannya. Dan, adalah baik tidak mendedahkan kepada umum kerana itu adalah lebih baik.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 271 yang bermaksud: “Jika kamu menampakkan sedekah-sedekahmu, maka itu baik. Dan jika kamu menyembunyikannya dan memberikannya kepada orang-orang fakir, maka itu lebih baik bagimu dan Allah akan menghapus sebagian kesalahan-kesalahanmu. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan.”

No comments:

Post a Comment