Maksud 'kropeh' dialek Kelantan. Salah
satu perkataan dialek Kelantan ialah ‘kropeh’. Apa maksud ‘kropeh’ dalam bahasa
baku?
Maksud
‘kropeh’ ialah sisa makanan (yang tidak habis dimakan). Contoh ayat dialek
Kelantan; Diyo make sapa kenye, hok kropeh tingga kawe. Maksudnya; Dia makan
sampai kenyang, sisanya ditinggalkan kepada saya.
Kropeh
juga membawa maksud sesuatu yang tidak menjadi bahagian utama. Contohnya, dalam gulai ayam yang turut
dimasukkan bahagian tengkok, kaki dan tulang yang kurang isi.
Bahagian itu
dipanggil kropeh kerana ia dianggap 'sisa' kepada bahagian utama lain. Namun, lauk bahagian ini tetap ada peminatnya. Mereka biasanya akan minta kropeh sebagai sebahagian lauk. Biasanya penjual tidak akan masuk kira harga bahagian kropeh. Jadi, dapat lauk lebih banyak, tetapi harga tetap sama.
Lauk yang kecil atau terpisah dari bahagian utama juga dipanggil kropeh. Biasanya apabila lauk hampir habis. Sudah berada berada di dasar periuk atau tempat simpan lauk. Jika ada pembeli hendak membeli nasi, penjual akan memberi tahu lauk yang ada hanya tinggal kropeh.
Kerangka
ayam yang dibuang dagingnya untuk dibuat sate dan serondeng juga dipanggik
kropeh. Maksudnya masih ada daging yang melekat di tulang.
Kropeh
ayam ini biasanya akan dicelup tepung untuk digoreng. Ia dikenali ayam kropeh
goreng. Memang ada dijual di pasar pagi, pasang malam dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment