Masalah
utama apabila sembahyang Tarawih ialah kita begitu berat untuk bangun memulakan
setiap rakaat. Terasa macam berat sangat hendak bangun.
Tetapi
ambo pelik tengok Pak Ali, orang kampung ambo yang berusia lebih 70 tahun.
Setiap kali kali bangun dia yang awal. Macam tiada masalah langsung.
Selepas
selesai sembahyang Tarawih, ambo sempat tanya dia mcam mana dia nampak bersemangat
dan mudah bangun untuk meneruskan sembahayang Tarawih. Mana tahu kalau ada
petua atau pemakanan tambahan yang diamalkan.
Pak
Ali menjelaskan, dia tidak makan apa-apa ubat atau pemakanan tambahan. Cuma
adalah sedikit petua diamalkan.
“Petuanya
mudah sahaja. Jika datang sembahyang Tawarih, jangan pakai kain pelekat Cap
Gajah Duduk, sebab gajah duduk susah hendak bangun.” jelas Pak Ali sambil senyum
sinis.
Terkena
ambo.... yang membacanya jangan ketawa tauuuu. Sema-sama terkenalah kita.
-
Kalau benar-benar ingin mengerjakan sembahyang Tarawih dengan bersemangat,
pastikan jangan makan banyak ketika berbuka. Kuat azam dan perteguhkan iman
untuk melaksanakan ibadat pada bulan Ramadan.
No comments:
Post a Comment