Eh...
macam mana ni... nampak mudah, tetapi tidak senang. Ya... banyak kita melihat
sesuatu perkara itu mudah untuk dilakukan, hakikatnya ia bukan mudah untuk
dilakukan.
Jadi,
usah kita komen atau memperlekehkan kebolehan orang lain semata-mata kita
melihat perkara itu mudah, tetapi orang itu tidak mampu melakukan dengan cepat.
Dua
hari lepas ambo bawa kereta ke bengkel kereta. Ada masalah tayar tidak dapat
berpusing dengan baik.
Setelah
dibuka di bahagian pelapik brek, didapati ia telah patah dan tertanggal.
Puncanya kerana bahagian itu telah ditenggelami air ketika banjir beberapa
minggu sebelumnya.
Masa
membukanya memang nampak mudah. Tetapi, apabila hendak dipasang kembali setelah
diganti yang baharu, ia mengambil masa.
Ambo
yang memerhati juruteknik melakukan seperti ada masalah. Cuba dipasang dan
kemudian dicabut balik. Begitulah dilakukan berulang-ulang kali.
Apabila
nampak seperti telah sempurna terpasang, cuba dipusing dan tidak memenuhi apa
yang sepatutnya, maka dicabut pula. Kemudian dibuat penyesuaian pada bahagian
tertentu sebelum cuba dipasang semula.
Begitulah
dilakukan berulang-ulang sehinggalah dia benar-benar berpuas hati. Kemudian
baharu dipasangkan tayar.
Juruteknik
itu bukan tidak mahir. Tetapi, itulah yang perlu dilakukan bagi menentukan ia
benar-benar telah terpasang dengan baik.
Jadi,
jangan kita menganggap yang nampak mudah itu senang untuk dilakukan. Hanya
mereka yang mahir sahaja tahu hakikat apa yang perlu dilakukan.
No comments:
Post a Comment