Mengikut
catatan sejarah, serangan tentera Portugis Portugis yang diketuai oleh Alfobso
de Albuqueque pada 1511 untuk menakluk Melaka pada zaman kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka dahulu pada kali pertama dapat dipatahkan oleh tentera
Melayu, sehingga memaksa tentera Potugis berundur.
Kejayaan
tentera Melayu mematahkan serangan pertama itu antara lain disebabkan
terdapatnya sejata yang dikenali mortar. Mortar adalah sejenis meriam pendek.
Mengikut
catatan pihak Portugis, Angkatan Tentera Kesultanan Melayu Melaka yang diketuai
oleh Sultan Mahmud Shah juga turut menggunakan satu jenis senjata iaitu sistem
mortar yang dipercayai adalah mortar raksasa yang berdiameter 1.5 meter, berat
55 tan dan panjang 4.45 meter.
Selain
itu, senjata lain yang turut digunakan ialah meriam rentaka (meriam yang boleh
dipusing-pusing hala larasnya), meriam lela, istinggar (senapang kuno) dan
pelbagai jenis senjata lain, selain senjata tradisi Melayu seperti keris,
tombak, lembing, panah dan pedang.
Mortar
yang dirampas penjajah Portugis dari Kota Melaka sehingga kini masih dipamerkan
di Lisbon Military Museum yang terletak di Bandar Lisbon, Portugal.
No comments:
Post a Comment