Berniaga
kuih di tepi jalan tidak banyak untung. Namun, bagi Mak Cik Ani, itulah cara
dia mencari rezeki. Biarpun untung kecil, apa yang penting halal. Mak Cik Ani tidak
mengeluh, sebaliknya terus cekal menjual tidak kira hujan atau panas. Pun
begitu, Mak Cik Ani penjual kuih pun ada maruah.
Ikuti kisah ini pada suatu hari di gerai Mak Cik Ani si penjual kuih.
"Mak cik, bagi kuih ni 2, yang ni 3," kata Nora.
"Tak
nak tambah lagi satu ke bagi cukup tiga ringgit?" tanya Mak Cik Ani.
"50
sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni mak cik?" tanya Nora secara
berseloroh.
"Bolehlah,
saya tambah lagi satu biji." jawab Nora.
Mak Cik Ani menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu lalu diletakkan di dalam
plastik putih, lalu dimasukkan pula ke dalam plastik kecil berwarna kuning.
"50
sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik," jawab Mak Cik Ani.
"Ye
ke ni mak cik?" tanya Nora semula.
"Sebijik
makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun
lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik,
semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana," jawab Mak Cik Ani.
Mak
Cik Ani menghulurkan beg plastik kuning berisi 6 biji kuih itu kepada Nora.
"Adik
agak pukul berapa mak cik start buat kuih tu?" tanya Mak Cik Ani.
"Tengah
hari, dalam jam 11 macam tu," agak Nora.
"Mak
cik buat seorang, dari pukul 10 pagi," jawab Mak Cik Ani.
"Dalam
pukul 3.30 dah kena siap semua, pukul 4 mak cik dah ada dekat sini bukak gerai,
selalunya dalam 6.30 mak cik dah kena tutup, sebab anak-anak nak balik
sekolah," beritahu Mak Cik Ani.
"Sekarang
pukul berapa ni dik?" tanya Mak Cik Ani lagi kepada Nora.
"5
suku," jawab Nora.
"Adik
pelanggan kedua mak cik hari ni," jawab Mak Cik Ani.
"Berapa
ringgit mak cik untung jualan atas adik? RM1, RM1.20." tanya Mak Cik Ani.
Nora
diam sahaja.
"Berapa
biji kuih pelanggan pertama makcik beli tadi? Tiga," kata Mak Cik Ani
sambil mengangkat jari.
"Katalah
mak cik untung dengan dia RM1.00. Dari jam 10 pagi sampai sekarang, mak cik
baru untung RM2.20." ujar Mak Cik Ani lagi.
Tak
pernah Nora terfikir semua itu sebelum ini.
"Dulu
mak cik jual goreng pisang, yang tu untung dia banyak sikit, tapi lepas anak
mak cik dah masuk sambung belajar, mak cik tak larat nak buat," beritahu Mak
Cik Ani.
"Tu
kuih ketayap yang adik beli tu, berapa lama adik rasa satu biji kuih tu nak
siap?" tanya Mak Cik Ani.
"Sejam
lebih," agak Nora lagi.
"Nampak
macam leceh nak membuatnya tu. Maaf mak cik, saya nak tanya, kalau tak untung,
kenapa mak cik meniaga?" tanya Nora.
Mak
cik itu merenung muka Nora.
"Sebab
ada ramai orang Melayu nak makan kuih Melayu, kalau mak cik tak meniaga, siapa
lagi yang nak meniaga kuih Melayu," jawab Mak Cik Ani.
"Mak
cik suka meniaga. Lagipun mak cik bukan pandai buat benda lain dah
sebenarnya." ujar Mak Cik Ani sambil menyusun bekas-bekas kuih yang ada.
“Tapi
maaflah dik takut adik terasa, mak cik nak kata, orang Melayu kita sekarang ni
pelik dik." tambahnya lagi.
Nora
terdiam tertanya-tanya. "Pelik macam mana tu mak cik?"
"Orang
kita makan donut sebijik RM3 tak apa, sushi sebijik RM2 tak apa, tapi bila
cerita pasal kuih tepi jalan, 50 sen sebiji, mahal," jelas Mak Cik Ani
sambil tersenyum sinis.
Nora
terdiam lagi.
"Adik
pernah cuba buat kuih orang kita?" tanya Mak Cik Ani tiba-tiba.
"Tak
pernah lagi, kuih bahulu ada la saya cuba buat masa raya dulu," jawab
Nora.
"Berapa
sen adik rasa berbaloi nak jual kuih bahulu sebiji yang adik buat dari mula
sampai siap?" tanya Mak Cik Ani.
Nora
hanya diam. Terkenang penat dan lenguh tangannya memukul telur.
"Pada
mak cik, tak apa mak cik untung sikit, mak cik cukup makan, sebab mak cik tau,
ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada
mak cik, ni semua sumbangan mak cik pada anak-anak jugalah," kata Mak Cik Ani.
"Tapi makcik sedih tengok orang kita, yang dah tak peduli nak jaga apa yang
kita ada." ujarnya lagi.
Nora
diam sahaja mendengar. Dia hanya merenung melihat Mak Cik Ani meneguk sedikit
air kosong dari botol air kosong yang dibawa.
"Mak
cik orang Melayu. Mak cik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun
sebijik 2 ringgit, jual 10 dah macam untung mak cik sehari, barang pun ambik
dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua," kata Mak Cik Ani.
"Tapi
dik, kalau mak cik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih-kuih ni dekat
adik?" tanya Mak Cik Ani.
"Kalau
mak cik mati nanti, anak-anak mak cik semua dah tak mau buat kuih. Yang
perempuan pun tak minat nak belajar macam mana, nanti-nanti takkan la semua
orang Melayu nak makan sushi dengan donut aje hari-hari?" ujar Mak Cik Ani
sambil menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora.
"Eh,
makcik, ni kan duit kuih saya," kata Nora.
"Mak
cik tak nak duit kau dik, mak cik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih
dengan mak cik dan dia kata mahal, mak cik bagi balik duit kat dia dan mak cik
sedekahkan," jelas Mak Cik Ani.
"Kenapa
pula mak cik?" tanya Nora kehairanan.
"Sebab
kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang
lain lagi yang akan tolong orang kita," jawab Mak Cik Ani.
"Saya
mampu mak cik," balas Nora.
"50
sen sebiji adik kata mahal, tak mampu lah tu," jawab Mak Cik Ani
tersenyum, ikhlas.
DAILOG
YANG MEYENTUH PERASAAN
-
Kalau rasa 50sen tu mahal jangan beli
-
Harga berpatutan dah, jangan pertikai.
-
Tolong hargai susah payah orang yang buat.
-
Cuba buat sendiri agak-agak dapat ke seketul 20 sen.
-
Beli di pasaraya tak minta kurang pun.
-
Dah murah nak murah lagi.
No comments:
Post a Comment