Thursday 18 November 2021

PUNCA KELUAR KUMPULAN WHATSAPP

 
Banyak sebab mengapa ahli kumpulan WhatsApp keluar kumpulan. Antara puncanya ialah wajud kekeliruan mengenai ahli. Mereka tidak betul-betul kenal antara satu sama lain. 

Ini ada satu kisah sebab ahli kumpulan WhatsApp meninggalkan kumpulan. 

- Din: Hai Sari, selamat datang ke group ini.
- SARI: Hai juga. Saya ahli baharu ni.. mohon bimbing ya.
- Chak:  Ya Sari, jangan khuatir sayang, saya akan bantu apapun buat sayang.
- Raof: Hello Sari, kalu  perlu bantuan bagi tau saja.. anytime.
- Ibrahim: Hello Sari, saya sedia jadi teman ke mana saja.. hanya bagi tau ya sayang.
- Mi: Hello Sari... saya sentiasa available. Boleh membantu.. bila-bila masa.
- SARI: Terima kasih rakan-rakan semua di atas perhatian yang diberi, Abang-abang semua memang baik-baik belaka.
- Pak Rahim: Nak tau jugak, nama penuh adik apa ya?
- SARI: SARIFUDIN, asli Jawa. 

@ Din keluar group.
@ Chak keluar
@ Raof keluar
@ Ibrahim keluar
@ Mi keluar
@ Pak Rahim sbg Admin keluar

Cuma Soleh yang masih 'online'

- SARI: Abang Soleh kenapa tidak ikut keluar?
- Soleh: Laaaa.. saya orang yag sabar, semua ni mesti ada hikmahnya
- SARI: Untuk makluman abang Soleh...nama lengkap saya INDAH PUTRI SARIFUDIN. SARIFUDIN nama ayah saya, Saya bekas ratu cantik tahun 2015
- SARI: Saya janda ditinggal mati, Suami saya meninggal selepas selesai akad nikah, jadi kami belum sempat berbulan madu.
- SARI: Mudah-mudahan abang Soleh berkenan menjadi imam saya.
- Soleh: Alhamdulillah..... Masya-Allah
- SARI: Nama lengkap abang Soleh apa ya?
- Soleh: SITI SOLEHAH

@ SARI keluar group.

Jangan ketawa sendiri ya. Minta maaf kalu nama kebetulan sama.

Semoga terhibur.

Gambar: Sekadar hiasan. Harap maklumat di gambar memberi manfaat.

No comments:

Post a Comment