Friday 2 July 2021

TREN DMU KUALA LIPIS GUA MUSANG TUMPAT

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan tren baharu untuk sektor Pantai Timur, Diesel Multiple Unit (DMU)

Perkhidmatan DMU yang merupakan set tren moden empat koc itu dirasmikan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong di Stesen Pasir Mas, Kelantan pada 11 April lalu.

Ia meliputi laluan Kuala Lipis – Gua Musang – Tumpat dengan beroperasi 10 trip setiap hari, namun sepanjang fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia dikurangkan kepada empat trip sehari.

Tren ini lebih laju, senyap dan dilengkapi dengan fasiliti selesa menggantikan tren konvensional intercity secara berperingkat tetapi masih lagi mengekalkan kadar tambang yang sedia ada.

No comments:

Post a Comment