Monday, 23 May 2016

RAWATAN IBU LEPAS BERSALIN


Rawatan selepas bersalin bukan saja bertujuan untuk kecantikan tetapi yang lebih penting untuk mengembalikan kesihatan ibu kembali di tahap optimum.  

Penggunaan set rawatan ibu bersalin membantu proses perawatan dan pemulihan lebih berkesan.

Rawatan berpantang yang teratur dan sempurna amat penting bagi memastikan kaum ibu kembali bertenaga. 

Seringkali ibu-ibu yang mengabaikan rawatan berpantang mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti dingin terhadap suami, peranakan jatuh, jangkitan rahim, badan/urat bisa-bisa walaupun ketika berusia muda.

Semua gejala ini menyebabkan produktiviti wanita bagi yang bekerjaya mahupun cuma surirumah terjejas.

Sebagai ibu, seharusnya kesihatan dan penjagaan diri perlu diutamakan bagi memastikan kita dapat menjalankan tugas-tugas sebagai isteri, surirumah, ibu mahupun yang bekerja di luar dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. 

Ibu lepas bersalin amat penting melakukan persiapan dan amalan yang perlu.  Proses mengandung dan melahirkan anak bukan perkara mudah.  Banyak tenaga, emosi dan perubahan diri berlaku dalam tempoh itu.

Justeru, ibu baru lepas bersalin perlu perlu melakukan 'revolusi' untuk kembali sihat dan bertenaga, selain mengembalikan kekuatan fizikal dan mental. 

Masyarakat dulu amat mementingkan pantang dan penggunaan herba untuk memulihkan kesihatan ibu lepas bersalin.  Mereka sanggup mengelak makan makanan tertentu.

Biasanya hidangan ibu lepas bersalin hanyalah ikan kering selain pelbagai herba dan ulam-ulaman yang tidak menyelerakan.  Namun segala itu dilalui demi untuk kesihatan dan kembali keadaan sebelum mengandung dan bersalin. 

Segala amalan tradisi itu kini semakin ditinggalkan.  Ini kerana keperluan ibu lepas bersalin dari segi herba dan lain-lain telah disediakan secara 'lengkap' secara moden.

Set rawatan ibu bersalin kini banyak dikeluarkan secara komersal.  Lebih mudah dan menepati keperluan untuk ibu baru bersalin.  

Janganlah kedekut atau berkira sangat untuk membelanjakan sejumlah wang untuk set rawatan ibu bersalin.  Ia bukan saja membantu atau memberi kebaikan kepada ibu, tetapi juga anak yang baru dilahirkan, terutama untuk pengeluaran susu yang banyak.  

Ibu yang sihat dan bertenaga lebih mudah memberi perhatian kepada bayinya. 

No comments:

Post a Comment