Wednesday, 1 January 2020

MERIAHKAN KEMBALI DUNIA PUISI


Dahulu gelaran penyair amat gah di mata khalayak. Majlis bacaan puisi sentiasa diadakan dan turut melibatkan kenamaan, ahli akademik dan tokoh perniagaan. 

Bahkan setiap tahun diadakan pertandingan deklamasi puisi peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Kemerdekaan. Hadiah bagi pemenang agak lumayan juga. 

Manakala itu Radio Televisyen Malaysia (RTM) cuba menerapkan minat khalayak terhadap puisi melalui slot pendek bacaan puisi di televisyen.

Namun, sekarang ini dunia puisi semakin terpinggir. Golongan muda seperti sudah tidak tahu lagi apa itu puisi. Mereka tidak minat untuk deklamasi puisi.

Di radio mahu televisyen tidak lagi slot untuk bacaan puisi (berdasarkan pemerhatian). Di akhbar dan majalah pun begitu. Tiada lagi ditemui ruangan untuk puisi.

Zaaba mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai,”khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Maka dengan gambaran yang cantik ini perkara yang dikatakan itu bertambah menarik hati orang yang mendengarnya.

Seterusnya Zaaba mengatakan bahawa karangan berangkap itu ialah karangan yang disusunkan dengan bahagian yang berkerat-kerat, dan antara sekerat dengan sekerat itu biasanya berjodoh bunyi atau rentaknya atau isinya, serta kebanyakan memakai timbangan atau sukatan yang tertentu. 

Daripada penyair Inggeris di Barat pula, Wordsworth, mendefinisikan puisi sebagai pengucapan tentang perasaan ghairah yang imaginatif, biasanya berentak ... curahan perasaan yang kuat secara spontan yang diingatkan kembali dalam suasana yang tenang. S.T. Coleridge, juga seorang penyair Inggeris, mendefinisikan puisi sebagai kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik.

Dengan kata lain, puisi mengajar kita untuk melahirkan kata dan ungkapan yang baik, bahasa yang indah dan semangat yang membara.

Jom kembalikan dunia puisi dalam persada yang menarik khalayak untuk mencintainya. 

No comments:

Post a Comment