Monday, 6 January 2020

GUNA GAMBAR PROFILE ORANG LAIN


Tujuan gambar profile di media sosial, WhatsApp, Twitter dan sebagainya adalah bertujuan untuk memudahkan orang lain mengenali kita.  Itu tujuan perhubungan dan persahabatan.

Malang sekali, ada yang tidak ingin dikenali. Gambar profile yang digunakan tidak menunjukkan gambar yang jelas. Ada yang menggunakan gambar pandang luas yang wajahnya hanya kecil sahaja.

Bagi ibu bapa pula, suka menggunakan gambar anak sebagai gambar profile. Ada pula guna gambar keluarga ramai-ramai.

Jika tidak mahu gambar profile memaparkan gambar sendiri, baik tidak bubuh langsung. 

Paling tidak bertanggungjawab ialah apabila menggunakan gambar profile yang langsung tiada hubungan dengan kita. Ia dikira penipuan dan kecelaruan fikiran. Orang yang tidak yakin dan malu dengan gambar wajah sendiri.

Jadilah orang yang bertanggungjawab dan berbangga dengan wajah yang dianugerahkan oleh Allah.

No comments:

Post a Comment