Biarpun ada ramalan mengenai hujan dan
kemungkinan berlaku banjir, tetapi tidak ada kepastian tentang kawasan, tahap,
bilangan mangsa dan perkara-perkara lain yang hanya Allah SWT mengetahuinya.
Pihak-pihak yang terlibat secara langsung
dalam membantu mangsa banjir memang sudah lama membuat persiapan dan
perancangan tindakan yang perlu dilakukan jika berlaku banjir. Mesyuarat
penyelarasan dan penugasan telah diadakan sebelum banjir berlaku.
Namun, banyak yang berlaku tidak seperti
jangkaan. Jadi, mesyuarat dan perbincangan perlu diadakan berulang kali untuk
menyelaras penugasan dan tindakan yang perlu dilakukan pihak-pihak yang
terlibat dalam misi membantu mangsa banjir.
Dalam keadaan darurat atau bencana, soal
protokal dan “rasmi: tidak lagi menjadi keutamaan. Dalam apa keadaan apapun
boleh dilakukan asalkan tercapai matlamat.
Inilah hakikat dilakukan oleh pegawai Bulan
Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Kelantan apabila berbincangan dengan wakil
Mercy Malaysia dan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas hanya secara berdiri di
ruang legar Pusat Penyelarasan NGO.
Tindakan pantas dan melangkaui protokal
biasa perlu dilakukan bagi memastikan usaha membantu mangsa banjir terlaksana.
Selepas perbincangan ringkas, masing-masing terus bergerak ke pangkalan untuk
pengarahan dan tindakan serta peranan yang perlu dilakukan seperti yang
dipersetujuan. Penyelarasan penugasan amat penting agar tidak berlaku pertindihan
tugas dan ada perkara terlepas pandang.
No comments:
Post a Comment