Monday 2 August 2021

VARIETY DURIAN KOP KECIL D99

Durian variety kop kecil D99 merupakan salah satu klon durian yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian untuk ditanam secara komersial.

Klon durian kop kecil D99 didaftarkan dalam Senarai Varieti Kebangsaan pada 17 Jun 1970.

Durian kop kecil ini berasal dari negara jiran iaitu Thailand.

Durian kop kecil mempunyai saiz sederhana besar, berbentuk bulat dan berat sekitar 1 hingga 2.5 kilogram.

Kulit berwarna hijau gangsa dan mempunyai duri yang halus dan tajam.

Isinya berwarna kuning dan sederhana tebal.

Rasa manis dan tekstur isinya halus dan lembek.

No comments:

Post a Comment