Kita banyak menyambut ‘hari’
sebagai tanda meraikan atau menghargai sesuatu peristiwa, kelompok manusia atau
individu tertentu. Hari ibu salah satu hari yang disambut oleh masyarakat di
seluruh dunia. Umumnya, hari ibu disambut pada setiap hari Ahad kedua bulan Mei
setiap tahun.
Ini bermakna tarikh untuk hari ibu
berubah-ubah setiap tahun. Memandangkan hari ibu bermula di Barat, maka ada
yang mempertikaikan sambutan hari ibu. Ada yang mengatakan haram sambut hari
ibu.
Tidak jelas bila sambutan hari ibu
bermula. Bagaimanapun, banyak kisah mengaitkan ia mula diamalkan sejak zaman
Yunani Purba ribuan tahun lalu.
Mengikut catatan, satu aliran
pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di
Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang
agung.
Perayaan ini diadakan sekitar
equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15
hingga 18 Mac.
Orang Rom Purba juga menyambut
suatu perayaan yang bernama Matronalia bagi memperingati dewi Juno, dan ibu
lazimnya diberi hadiah pada hari ini.
Orang-orang Greece pula menganggap
hari ibu sebagai perayaan musim bunga dan penghormatan terhadap Rhea, ibu
kepada tuhan mereka.
Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan
sebagai “Mothering Sunday”. Ia dirayakan pada hari Ahad keempat
setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari sama ada dalam bulan
Februari atau Mac.
Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau
memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai
penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada
Nabi Isa atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Perayaan ini bersamaan hari kenduri
Persembahan Nabi Isa di Kuil dalam mazhab Ortodoks Timur. Oleh sebab Theotokos
(Ibu Tuhan) amat penting dalam perayaan ini kerana membawa Christ ke Kuil
Jerusalem, perayaan ini dikaitkan dengan ibu. Namun begitu, kini ramai orang
Greece cenderung menyambut Hari Ibu mengikut negara Barat yang lain.
Dalam tempoh tersebut, kebanyakan
rakyat England yang faqir dan miskin akan bekerja sebagai pembantu rumah.
Mereka keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan
memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut.
Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan dan
pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan
Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke
seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church.
Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia
kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan.
Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara
kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan
mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat pula, hari ibu
disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis
sosial dan telah menulis puisi “The Battle Hymn of The Republic”
(TBHoTR).
TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika.
Ungkapan “Hallelujah” dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi
sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari
Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah
berjaya mempengaruhi Mother’s Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan
meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari
Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun
di Philadelphia.
Anna Jarvis dan
pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan
ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah.
Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut
disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika.
Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan
Hari Ibu sebagai hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua
dalam bulan Mei.
Hari Ibu juga disambut pada hari
yang berbeza-beza di sebelah Asia kerana berbagai macam sumber asal-usulnya. Di
China, Hari ibu disambut sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius.
Di Thailand dirai sempena hari keputeraan Ratu Sirikit Kitiyakara pada 12 Ogos.
Manakala 1 Jun di Mongolia adalah Hari Ibu dan pada Kanak-kanak Sedunia juga
disambut serentak. Mongolia adalah satu-satunya negara yang menyambut Hari Ibu
dua kali setahun.
No comments:
Post a Comment