Bahasa
Melayu telah berakar umbi dalam masyarakat sejak lama dahulu. Bahasa Melayu
halus budinya. Mementingkan hubungan yang baik dalam komunikasi.
Kepentingan
bahasa dalam masyarakat Melayu menunjukkan bahawa bahasa selalunya mempunyai
makna kedua atau tersirat, iaitu budi bahasa dan sopan santun.
Masyarakat
Melayu juga sangat mementingkan adab ketika berbahasa. Adab merujuk kepada
garis panduan tatacara berbahasa dalam sesuatu perbualan, sesuai dengan norma
kehidupan masyarakat itu sendiri.
Sopan
santun diungkapkan melalui bidalan, peribahasa, pantun, papatah dan perumpamaan
agar maksud yang ingin disampaikan supaya dapat difahami tanpa mengguris,
menyakiti hati atau menjatuhkan air muka penutur dan pendengarnya.
Penggunaan
bahasa dalam masyarakat Melayu dengan itu terus dijaga rapi kerana ini
melambangkan budi pekerti serta personaliti penutur.
Kesantunan
bahasa dalam kalangan masyarakat Melayu ini amat dipandang tinggi dan
diperturunkan sebagai amalan hidup daripada generasi ke generasi menerusi
proses sosialisasi.
Sejarah
membuktikan bahawa bahasa Melayu memainkan peranan yang cukup istimewa dalam
mengajar penuturnya untuk mengejar kemajuan dunia tanpa mengabaikan kesantunan
dan adab dalam percakapan dan amalan seharian.
Bahasa
yang mempunyai 'roh' kesantunan dan budi perlu diserlahkan sebagai satu gaya
hidup mutakhir di dalam era dunia tanpa sempadan ini.
Meskipun
zaman berubah, bahasa akan tetap kekal dengan tanggungjawabnya sebagai
penyampai idea, penyalur nilai budaya dan lakuna peradaban masyarakat.
Bahasa
akan terus menjadi identiti dan tiang kepada ketamadunan bangsa. Kerana itu
bahasa diperlambangkan sebagai jiwa kepada masyarakat.
No comments:
Post a Comment