Friday 14 May 2021

PEMIMPIN DAP BIJAK AMBIL HATI GOLONGAN MUDA MELAYU

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mencadangkan supaya pelajar Tingkatan 5, Ain Husniza Saiful Nizam dicalonkan sebagai Senator untuk mewakili suara golongan belia di Dewan Negara sekiranya perkara ini tidak dihalang oleh Perlembagaan Malaysia yang memerlukan seorang Senator untuk berumur sekurang-kurangnya 30 tahun.

Namun cadangan itu tidak mungkin menjadi kenyataan kerana Perlembagaan Malaysia menetapkan seorang Senator mesti berumur sekurang-kurangnya 30 tahun.

Kit Siang tahu tentang had umur itu. Namun mengapa dicadang perkara yang tidak mungkin berlaku itu?

Inilah cara DAP mengambil hati golongan muda. Peduli dan sokong golongan muda, terutama di kalangan orang Melayu.

Ain Husniza adalah remaja di sebalik gerakan #MakeSchoolASaferPlace. Disebabkan perjuangan yang dilakukan, dia menerima ancaman buang sekolah apabila mendapat surat amaran yang pertama.

Ain Husniza menerusi Twitternya, @ant33ater meluahkan kekecewaannya apabila sekolah yang dicintainya bertindak sedemikian kerana kelantangannya berkongsi perkara itu di media sosial.

Ain Husniza turut mempersoalkan mengapa dia dihukum kerana meluahkan pendapat dan pemikirannya.

Katanya, di manakah sebagai pelajar yang seharusnya merasa selamat sekarang? Dia mendapat surat amaran bahawa saya akan diusir kerana bercakap mengenai perkara yang betul.

Ain Husniza turut mengkritik pendidik yang menyembunyikan cerita dan mendesak reformasi dalam sistem pendidikan untuk mengelakkan lebih ramai pelajar diancam dan dihukum kerana bercakap benar.

Pemimpin bercakap tentang melahirkan modal insan yang hebat. Malangnya, jika ada yang hebat dan bijak, mereka akan ‘dihapuskan’. Perkara ini seperti cerita Singapura Dilanggar Todak apabila seorang budak dibunuh disebabkan kepintarannya.

 

No comments:

Post a Comment