Thursday 31 December 2020

KEGUNAAN PRODUK DARIPADA POKOK NIPAH

Nipah (Nypa fruticans Wurmb.) termasuk tanaman yang dikelompokkan ke dalam tanaman hutan mangrove. Nipah adalah sejenis tumbuhan palma yang tumbuh di kawasan pesisiran sungai yang mudah dilimpahi air pasang yang sering bertemu dengan air tawar di mana keadaan kemasinannya adalah rendah.

Pohon nipah mempunyai batang berpelepah yang terdiri daripada helaian daun panjang bebentuk rosette di hujung dahan. Nipah mengeluarkan sejenis mayang yang besar berwarna kekuningan. Mayang muda boleh dijadikan bahan membuat kerabu. 

Buah yang terhasil adalah keras bersegi, tersusun rapat membentuk satu cluster yang berbentuk bulat. Isi buah nipah boleh dimakan ketika masih muda dan bertukar keras apabila terlalu tua. 

Terdapat beberapa kajian yang membuktikan bahawa buah nipah mempunyai potensi untuk dieksploitasikan bagi tujuan sumber makanan kepada manusia berdasarkan kandungan nutrisinya yang berguna.

Buah nipah memiliki banyak karbohidrat, selain mengandungi banyak antioksidan semula jadi. Antioksidan semula jadi dalam buah nipah dapat mencegah, mengurangi, dan memperlambat penyakit yang terdapat di dalam tubuh.

Air nira daripada batang pelepah pokok ini boleh digunakan untuk menghasilkan tuak, cuka dan manisan.

Pandangan daripada orang ramai membuktikan bahawa air nira nipah sememangnya mempunyai khasiat yang tersendiri dan digunakan dalam pelbagai tujuan terutamanya bagi tujuan perubatan.

Malah, air nira nipah telah diperakui mempunyai potensi yang tinggi dalam mempertingkatkan tenaga fizikal dan tahap stamina badan.

Cuka yang terhasil melalui air nira nipah yang telah diperam selama 40 hari pula dipercayai bukan sahaja dapat digunakan dalam masakan, malah dapat digunakan sebagai ubat bagi penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, gout dan batu karang.

Daun atau pucuk muda nipah boleh dijadikan "kulit" untuk digulung bersama tembakau menjadi rokok yang dikenali rokok daun. Manakala daun tua pula boleh dijadikan atap yang dikenali atap nipah. Batang atau tulang daun nipah boleh dijadikan lidi sepertimana lidu kelapa untuk dijadikan penyapu dan dijadikan bahan membuat kraf tangan. 






1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete