Buah petai terdapat dalam deretan
panjang dan nipis yang dikenali sebagai "papan". Setiap papan buah
mempunyai antara 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang sepanjang buah.
Buah ini, yang panjangnya sehingga 50 sentimeter apabila cukup tua, mempunyai
kulit yang tebal tetapi lembut.
Pokok petai biasanya ditanam menggunakan biji benih. Pokok petai mula berbunga ketika
berusia lima tahun. Pedebungan dilakukan melalui kelawar dan angin.
Di Malaysia, kaum Melayu banyak makan petai segar sebagai ulam. Ada juga dicampur dalam goreng tumis bilis, sotong dan udang. Petai dijaruk untuk disimpan lama dan mudah dimakan apabila perlu.
Petai mengandungi tiga gula semula jadi iaitu sukrosa,
fruktosa dan glukosa. Digabungkan dengan serat, petai memberikan, meningkatkan
kadar segera dan berterusan tenaga.
Jika dibandingkan dengan apel, petai menyediakan protein 4 kali lebih banyak,
karbohidrat dua kali lebih banyak, tiga kali ganda fosfor, lima kali lebih vitamin A dan zat besi, dan dua kali ganda jumlah vitamin dan mineral lainnya.
Dalam perubatan tradisional Melayu,
biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit
kencing manis, mencuci buah pinggang serta untuk mengeluarkan cacing.
Kandungan klorofil dalam biji-biji
petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan
kesegaran tubuh.
Namun begitu memakan petai pada
kuantiti yang banyak juga tidak baik kerana mempunyai kadar asid amino yang
tinggi yang dapat mengakibatkan komplikasi pada ginjal

No comments:
Post a Comment