Wednesday, 22 January 2025

PERKHIDMATAN KOMUTER EMU PERTAMA KTM

 
Kereta api unit gandaan elektrik (EMU - electric multiple unit) KTM Komuter mula beroperasi pada 14 Ogos 1995, menjadikan ia sistem rel elektrik pertama di Malaysia. Kereta api ini dikenali dengan nama Kelas 81, Kelas 82 dan Kelas 83 mengikut syarikat pengeluar.

Direka dengan ciri moden seperti tempat duduk ergonomik, penghawa dingin, dan ruang luas, kereta api EMU menggunakan tenaga elektrik yang mesra alam.

Dengan jadual kerap dan kecekapan tinggi, ia kekal sebagai pilihan utama untuk perjalanan harian penumpang setia KTMB.

Kelas 83 mempunyai kelajuan tertinggi 140 kilometer perjam. Ia merupakan kereta api paling laju digunakan di Malaysia pada waktu itu. Semasa operasi biasa, kelajuan tertinggi sekitar 120 kilometer perjam, dengan kelajuan purata sekitar 45 kilometer perjam.

Berbanding dengan kelas lain, kelas 83 didapati mempunyai pecutan terbaik di antara kelas 8x, dan ini disebabkan oleh sistem brek regeneratif Mitsubishi yang digunakan yang memberikan penjimatan tenaga yang cekap semasa brek dan pecutan.

No comments:

Post a Comment