Saturday 22 January 2022

KEMPEN KEBERSIHAN PANTAI

 
Kelantan memiliki bentuk muka bumi yang sangat indah dan cantik, bukit dan air terjun yang cantik, pesisir pantai yang indah cantik dan kesemuanya itu untuk dinikmati oleh rakyat.

Pantai ini adalah aset. Pantai ini juga merupakan sumber ekonomi, sumber keluarga untuk rekreasi, tempat ketenangan dan keharmonian yang seharusnya dijaga dengan begitu baik oleh semua pihak khususnya masyarakat setempat.

Kebersihan merupakan maruah. Maruah dalam merubah pemikiran dan sikap masyarakat kita daripada kotor kepada suka kepada kebersihan.

Mencaknakan apa-apa yang ada di persekitaran kita sebagaimana yang diajar oleh agama Islam.

Pemimpin-pemimpin masyarakat seharusnya memimpin masyarakat untuk merubah paradigma daripada pengotor kepada pembersih dan seharusnya penduduk setempat sepatutnya memenuhi program-program menjaga kebersihan.

Ia merupakan mesej untuk disampaikan kepada rakyat seterusnya mempromosikan bahawa kita sedang melakukan satu perubahan besar iaitu mengubah pemikiran masyarakat daripada kotor kepada bersih.

Pemimpin menjadi agen untuk promosikan kebaikan. Seluruh pemimpin bersama pihak kerajaan mesti dan bertanggungjawab untuk menjadikan Kelantan suatu hari nanti sebuah negeri yang paling bersih d Malaysia dan ini memerlukan komitmen semua pihak.

No comments:

Post a Comment