Friday 8 October 2021

PERTUBUHAN CAKNA ASNAF KELANTAN SERAH SUMBANGAN

 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan aktiviti untuk membantu golongan asnaf, terutama yang terjejas teruk akibat Covid-19.

Berpegang kepada moto “Bersama Membantu Basmi Kelaparan”, PCAK menyantuni golongan asnaf menyerahkan bantuan berupa bahan makanan kepada golongan tersebut.

Terbaharu, PCAK menyerahkan sumbangan kepada 25 keluarga asnaf di Kampung Kubang Kawah, Bachok.

Biarpun bantuan yang dihulurkan tidak seberapa, namun ia diyakini mampu untuk meringan beban mereka dalam menyediakan keperluan harian.

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan secara berterusan mengumpul dana untuk diagihkan kepada mereka memerlukan. 
 
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliaton di talian 011-1941-3639 
 
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 
 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 





No comments:

Post a Comment