Sudah menjadi budaya apabila ahli politik
atau penyokong politik, bahkan di kalangan ulama yang berdepan saman fitnah akan
memohon bantuan kewangan daripada ahli dan penyokong atau individu yang simpati
dengan mereka untuk membayar kos guaman menentang saman fitnah yang memerlukan
puluhan ribu.
Jika mereka kalah saman fitnah, jumlah yang lebih besar diperlukan untuk membayar kepada plaintif. Jumlah yang diputuskan mahkamah sekarang ini bukan sedikit. Boleh cecah ratusan ribu ringgit dan sudah ada rekod melebihi jutaan ringgit.
Kes kena bayar saman fitnah ini bukan hanya melibatkan parti tentu sahaja. Ia sudah menjadi keadaan biasa apabila yang kena denda tidak serik-serik mengulanginya. Kepada pihak lain pula tidak mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku.
Tambahan, mereka seakan tidak serik disebabkan penyokong tidak menganggap perbuatan itu seperti bersalah dan bersedia untuk membantu mengumpul dana. Malah individu itu dianggap pula sebagai pejuang dan mangsa yang perlu dibantu. Tindakan itu seakan-akan cubaan untuk normalisasi fitnah atau menjadikan perbuatan itu sebagai satu perkara biasa dalam masyarakat.
Apapun pandangan penyokong dan pihak dalam kelompok sama mengenai perkara itu, tidak ada alasan untuk membenarkan fitnah berlaku.
Perangkap fitnah amat berbahaya. Banyak individu menanggung penderitaan dan kerugian akibat bencana fitnah. Masyarakat yang penuh dengan budaya fitnah berada di ambang kemusnahan.
Justeru, individu Muslim mesti menjauhkan diri daripada kancah hina fitnah. Jauhkan diri dari menjadi pencipta, penyebar dan orang mempercayai fitnah. Ketiga-tiga perbuatan itu saling berkait yang menjadi punca mengapa budaya fitnah merebak dalam masyarakat.
Fitnah tidak akan wujud jika tidak ada penciptanya. Pun begitu, fitnah tidak akan tersebar jika tidak ada individu yang menyebarnya. Dalam hal ini, pencipta dan penyebar mungkin boleh jadi orang yang sama.
Individu yang menpercayai fitnah juga memainkan peranan besar menyebabkan fitnah tersebar. Ini kerana mereka bukan setakat mempercayainya, tetapi juga menyebarkan kepada orang lain. Jika tidak ada orang mempercayai fitnah, ia tidak akan tersebar, biarpun ada yang mencipta fitnah.
Fitnah ialah tuduhan melalui cerita, khabar atau kisah yang diada-adakan atau agak-agak untuk mendatangkan keburukan terhadap seseorang, keluarga atau kumpulan. Perkataan fitnah berasal perkataan Arab bermaksud kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan.

No comments:
Post a Comment