Saturday, 24 October 2026

TANAM SEROJA DI ATAS TANAH

 
Tanam seroja di atas tanah. 

Seroja atau lotus adalah tumbuh akutik atau air. Ia tumbuh di atas permukaan tanah yang berair seperti di paya, parit, tali air dan sebagainya.

Bagaimanapun, terdapat beberapa spesis seroja yang boleh tumbuh di atas tanah tanpa air. Ia mudah ditanam dan dijaga baik untuk menghasilkan bunga dan biji serta bahagian akar yang boleh dijadikan bahan makanan.

Begitupun, pokok yang ditanam dan boleh hidup di atas tanah tanpa air, tanaman itu memerlukan banyak air untuk untuk hidup subur.

Sebab itu, jika ditanam di dalam pasu, elok pasu itu tidak ada lubang air di bawah. Biar air boleh bertakung atau tanah sentiasa lembab.

Jika ditanam di atas tanah, pastikan sentiasa disiram agar tanah sentiasa lembab seupaya rizomnya tidak mati.  

Seroja memerlukan tanah berjenis loam, tanah liat, atau tanah taman yang kaya dengan bahan organik serta mempunyai tahap pH antara 6 hingga 7.5.

Ia memerlukan kawasan yang mendapat cahaya matahari penuh  sepanjang hari untuk tumbuh subur dan mengeluarkan bunga.

Cara membiakkan bunga seroja boleh dilakukan melalui dua kaedah utama iaitu penyemaian biji benih dan pembahagian rizom (ubi/akar).




No comments:

Post a Comment