Friday, 23 October 2026

KEBAIKAN MAKAN BERSAMA KAWAN

 
Kebaikan makan bersama kawan-kawan.

Makan bersama kawan-kawan bukan sahaja mengenyangkan perut, malah membawa banyak kebaikan dari segi sosial, emosi, dan agama.

Islam menggalakan agar makan bersama-sama.

Rasulullah SAW bersabda: "Berkumpullah ketika makan dan sebutlah nama ALLAH (Bismillah)! Nescaya Dia akan memberkati makanan kamu." (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Makanlah dengan berkumpul dan jangan sendiri-sendiri! Makanan satu orang cukup untuk dua orang, makanan dua orang cukup untuk tiga atau empat orang. Makanlah dengan berkumpul dan jangan sendiri-sendiri kerana berkat itu ada dalam jemaah." (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Rasulullah SAW menegaskan: "Makanan yang paling disukai Allah ialah makanan yang dijamah banyak tangan." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi).

Berdasarkan hadis-hadis tersebut, makan secara beramai-ramai akan melahirkan keberkatan apabila setiap orang yang menjamah hidangan melahirkan kesyukuran terhadap rezeki yang dikurniakan.

Suruhan Islam itu diterjemahkan kebaikan makan bersama kawan antara lainnya dapat mengeratkan persahabatan. Dapat membina ikatan silaturahim yang lebih erat dan mendalam antara rakan-rakan.

Ketika berada bersama dapat meningkatkan komunikasi yang mana memberi ruang untuk berkongsi cerita, bertukar pendapat, meluahkan perasaan, dan mendengar masalah masing-masing.

Keadaan berhubung mesra dapat mengurangkan tekanan perasaan apabiala suasana yang santai, berseloroh, dan bergelak ketawa bersama kawan dapat membantu melepaskan ketegangan atau tekanan harian.

Gambar sekadar hiasan.

No comments:

Post a Comment