Friday, 23 October 2026

ROTI CANAI TELUR

 
Roti canai telur juga dipanggil roti telur.

Menu roti canai telur memang popular. Rasa lebih sedap dengan keenakan rasa roti canai dan telur. Tambah pula aroma rasa pencicahnya sama ada kuah kacang dal atau kuah kari.

Cara penyediaan roti canai telur tiada bezanya dengan roti canai kosong.  Bezanya hanya ditambah telur.

Doh roti canai dicanai nipis, kemudian sebiji telur ayam dipecahkan dan digaul atau disebarkan di atas atau di dalam doh sebelum dilipat dan digoreng di atas kuali leper.

Bahagian luar roti biasanya garing manakala bahagian dalamnya lebih lembut, kaya dengan rasa telur serta tambahan protein.

Lazimnya dinikmati panas-panas bersama kuah dal, kari ikan, kari kambing atau daging, dan sambal.

Sebiji roti canai telur sudah memadai untuk sarapan pagi bersama dengan air kurang manis.

Elakkan mencampur gula dalam kuah kerana itu boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

Kurangkan manis dalam makanan dan minuman, lebihkan manis dalam senyuman.

No comments:

Post a Comment