Wednesday 13 September 2023

KONSEP DILEPASKAN TANPA DIBEBASKAN

 
Konsep dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) tidak bercanggah dengan Islam. DNAA terkandung dalam Seksyen 103 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001.
 
Enakmen itu digubal pada tahun 2001 ketika Abdul Hadi menjadi Menteri Besar Terengganu.
 
Seksyen 103 itu hampir sama seperti Seksyen 254 Kanun Keseksaan yang digunakan oleh pendakwa sivil.
 
Seksyen 103 menyatakan bahawa Pendakwa Raya boleh berhenti daripada mendakwa pada mana-mana peringkat perbicaraan, sebelum penghakiman diberikan.
 
Pendakwa boleh, jika difikirkannya patut, memberitahu mahkamah bahawa dia tidak bercadang untuk mendakwa tertuduh selanjutnya atas pertuduhan itu dan sesudah itu semua prosiding atas pertuduhan itu terhadap tertuduh bolehlah digantung dengan kebenaran mahkamah serta jika digantung sedemikian, tertuduh hendaklah dilepaskan daripada pertuduhan itu.
 
Pelepasan sedemikian tidaklah terjumlah kepada suatu pembebasan melainkan jika Mahkamah mengarahkan sedemikian.
 
Justeru, jika ada pihat mengatakan DNAA itu tidak wujud dalam Islam, bahkan haram kerana bercanggah dengan Islam ini bermakna Seksyen 103 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001 ini juga haram dan bercanggah dengan Islam juga.
 
Jika DNAA haram, maka kerajaan Terengganu perlu membuat pindaan terhadap Seksyen 103 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001 agar ia selari dengan hukum Islam yang diperjuangkan oleh parti pemerintah kerajaan Terengganu sekarang.

Maksud “dilepaskan tanpa dibebaskan”

Konsep “dilepaskan tanpa dibebaskan” menepati hukuman takzir

Konsep “dilepaskan tanpa dibebaskan” tidak bercanggah dengan Islam

No comments:

Post a Comment