Ikan patung antara jenis ikan air tawar dari keluarga yang
sama ikan puyu. Apa yang membezakan puyu dengan patung adalah ikan patung
berbentuk lebih bulat serta badannya lebih kembang berbanding ikan puyu. Nama
lain bagi ikan patung adalah Malayan leaffish.
Habitat asal ikan patung adalah Malaysia, Thailand, Kemboja
dan Vietnam. Ikan ini mampu membesar sehingga mencapai panjang tubuhnya 20
centimeter.
Di Malaysia ada dua spesies. Pertama, Pristolepis fasciata dan
satu lagi Pristolepis grooti. Jumlah Pristolepis grooti lebih banyak ditemui
berbanding Pristolepis fasciata.
Ikan patung mendapat jolokan sebagai 'patung' kerana
tingkahlakunya ketika rasa terancam, di mana ikan itu akan berlakon seolah-olah
telah mati dan terbaring kaku seperti patung.
Ada juga pendapat yang mengatakan ikan patong diberikan
jolokan sebagai patung kerana gemar memakan anak pepatung. Namun sebenarnya
diet dia lebih pelbagai dan tidak hanya menyasarkan anak pepatung.
Ikan patung dikatakan telah senaraikan sebagai salah satu
spesies yang boleh menggantikan ikan tilapia kerana memiliki fizikal yang tidak
banyak berbeza, dagingnya juga lembut dan jauh lebih lazat dari tilapia. Saiz
maksimumnya juga tidak jauh berbeza dengan ikan tilapia.
Ikan patung adalah antara ikan tempatan yang lasak dan amat
sukar untuk jatuh sakit. Ikan ini mampu hidup di dalam air yang kurang oksigen
dan tidak memilih makanan yang ada di sekitar.
No comments:
Post a Comment