Friday, 13 June 2025

IKAN SELUANG GAJAH

 
Ikan seluang gajah berukuran lebih besar berbanding jenis seluang lain. Seluang gajah (Rasbora dusonensis) boleh membesar melebihi lapan centimeter atau sekali ganda berbanding seluang biasa.
 
Seluang gajah memang sukar ditemui. Ikan ini biasanya hidup di sungai-sungai yang airnya jernih seperti di jeram atau sungai di hutan besar. Di Sarawak, ikan seluang gajah dikenali dengan nama nyenyuar.
 
Bentuk badan ikan seluang gajah hampir sama dengan jenis seluang lain, kecuali ukuran badan yang lebih besar. Ekornya berwarna kekuningan dan warna kehitaman pada hujung sirip.
 
Ikan seluang gajah cantik dijadikan ikan hiasan.
 
Di kalangan penduduk kampung, ikan seluang gajah ditangkap atau dipancing untuk dijadikan lauk. Sedap dimakan secara goreng.



Gambar dari media sosial

No comments:

Post a Comment