Wednesday, 10 May 2023

Zaa Maggi Tomyam Belut

 
Peminat makanan berasaskan belut seperti phad phed belut, belut goreng berlada, maggi belut dan menu-menu lain dicadangkan untuk berkunjung ke Zaa Maggi Tomyam Belut (Cawangan Pasir Tumboh) di Kampung Pantai Damat, Bachok.

Selain itu ada menu cukup terkenal iaitu maggi tomyam telur sotong yang pasti menyelerakan.

Perlu diingatkan, biarpun namanya ada perkataan Cawangan Pasir Tumboh bukan bermakna kedai berkenaan terletak di Pasir Tumboh. Lokasi kedai di Kampung Pantai Damat.

Kampung Pantai Damat tidak jauh dari lokasi tarikan pelancongan seperti Pantai Tapang dan Pantai Irama yang cukup terkenal.

Tempat yang selesa dan luas membolehkan pengunjung menjamu selera dengan tenang dan menarik.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 0179407296

Kredit gambar FB Oghe Bachok

No comments:

Post a Comment