Gunung Kinabalu ialah sebuah gunung terletak di Daerah Kundasang, Ranau, Sabah. Puncak dengan ketinggian 4095 meter itu merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara.
Gunung Kinabalu menjadi lambang kemegahan
kepada setiap penduduk Sabah.
Sesetengah penduduk menganggap Gunung
Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu
padu rakyat Sabah.
Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan
kisah-kisah yang dianggap ajaib oleh masyarakat Dusun setempat. Mereka percaya
bahawa Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas
meninggal dunia.
Perkataan "Kinabalu" asalnya dari
kata gabung bahasa Kadazan-Dusun iaitu “Aki Nabalu” yang mana “aki” membawa
maksud “nenek moyang” manakala “nabalu” bererti "gunung". Jadi, “aki
nabalu” bermaksud "gunung nenek moyang" atau secara tepat lagi gunung
yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazan Dusun.
Menurut legenda kaum Kadazan Dusun, dewa
tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu, ia bermula daripada
mitos naga yang menjaga harta karun mutiara.
No comments:
Post a Comment