Friday, 19 August 2022

PILIH PLATFORM PELABURAN RISIKO RENDAH

 
Selain menyimpan duit dalam simpanan tetap, melabur di platform pelaburan risiko rendah merupakan pilihan yang terbaik.

Semua orang mahu membuat pelaburan yang menguntungkan tetapi tidak semua orang berani untuk mengambil risiko yang tinggi untuk melabur kerana risau dan takut dengan risiko kerugian. 

Sebelum ini, anda mungkin pernah dengar orang cakap jangan simpan duit dalam bank sahaja sebab duit akan lambat berkembang. Memang ada betulnya kenyataan seperti ini kerana kadar keuntungan diagihkan bank agak rendah berbanding institusi lain.

Oleh sebab itu, membuat pelaburan merupakan satu alternatif yang anda patut pertimbangkan.

Sekiranya anda membuat pelaburan, anda akan menerima pulangan atau dividen. Memang tidak dinafikan, melabur ini ada risikonya, akan ada hari anda untung dan akan ada hari anda rugi. Disebabkan ini, ramai yang masih takut untuk mula melabur kerana kebanyakan pelaburan di luar sana tidak ada jaminan pulangan dan ini boleh menyebabkan pelabur terdedah kepada kerugian.

Anda boleh cuba melabur duit anda di pelaburan risiko rendah yang menawarkan pulangan yang konsisten dalam bentuk dividen, bonus dan lain-lain lagi.

Melabur di tabung amanah atau saham amanah dilihat sebagai paling selamat dan berbaloi. Banyak institusi kawangan menawakan peluang pelaburan saham dalam bentuk amanh yang dikendalikan oleh pakar kewangan.

Melabur di institusi amanah juga berdepan dengan kerugian, namun kemungkinan agak kecil atau kadar kerugian berlaku secara perlahan-lahan.

Pada masa sekarang, orang ramai tidak menghadapi masalah untuk melabur dalam sistem perbankan Islam yang mengamalkan kaedah yang tidak melibatkan sistem riba. 

Penabung atau pendeposit berpeluang mendapat perkongsian untung rugi berdasarkan kepada pengagihan ditetapkan. Malaysia muncul antara petama dan paling sistematik dalam pengurusan sistem perbankan Islam yang diiktiraf oleh negara-negara Islam lain. 

Kerajaan Malaysia melalui penubuhan Perbadanan Nasional Berhad sejak awal tahun 80 an telah membuka peluang untuk golongan bumiputera melabur dalam amanah saham dengan pulangan yang baik dan selamat. Ia diurus secara cekap dan menjadi pengendali saham amanah terbesar dan paling berjaya di negara kita. 

Elak diri terjebak dengan skim simpanan atau pelaburan yang tidak diluluskan kerajaan. Ramai terpengaruh kerana dijanjikan keuntungan yang besar. Akibat sikap tamak dan tidak usul periksa, pelaburan menjadi lebur. 

Gambar: Sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment