Sunday, 28 August 2022

BAGAIMANA CARA MEMBUAT COLEK SEDAP

 
Colek dalam dialek Kelantan ialah sambal cair dibuat daripada campuran cuka, lada atau cili api, garam dan gula untuk dimakan bersama buah-buahan, terutama buah muda berasa masam. Hendak lebih sedap baik menggunakan cuka nipah atau cuka kelapa.

Colek juga dibuat menggunakan kicap untuk menggantikan cuka. Bagi yang minat belacan, boleh juga memasukkan sedikit belacan. 

Berapa banyak bahan-bahan itu perlu dimasukkan, terpulang kepada cita rasa masing-masing atau secukup rasa.

Untuk menyediakan colek tidak perlu dimasak. Campur bahan-bahan tersebut dan dikacau rata. Siap untuk dicicah dengan buah-buahan.

Bagaimanapun, jika membuat colek untuk keropok dan hidangan lain, bahan-bahannya sedikit berbeza. Biasanya turut menggunakan nise kerek atau gula melaka. Bahan-bahan itu perlu dimasak untuk menghancurkan gula melaka dan bahan-bahan lain menjadi sebati. Ia lebih pekat berbanding colek tanpa dimasak.

No comments:

Post a Comment