Thursday, 16 June 2022

PCAK SERAH KAMBING KEPADA ASNAF

 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) mempelbagaikan bantuan kepada asnaf. Kali ini diserahkan seekor kambing kepada asnaf untuk dipelihara. Untuk dijadikan baka dan dibiakkan. Ia satu usaha kecil untuk membantu asnaf.

PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment