Jagalah kesihatan anda sebelum
ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun
yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.
Pencegahan penyakit adalah lebih
baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari
peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan
tradisional boleh digabungkan kemudian.
Berdoa kepada Allah SWT setiap hari
dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi
kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan.
Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
Kuasai, kawal dan urus diri untuk
mengikuti cara, gaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan
asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri-ciri
positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu
pengtahuan.
Sekarang dua perkara menjadi punca
utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan
rohani. Memang benar. Lain-lain punca penyakit ialah keracunan dari berbagai
punca saperti bahan kimia, radiasi dan pencemaran.
Penyakit timbul dari tabiat makan
yang tidak sesuai serta pemilihan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat.
Sering berlebihan gula dan karbohaidrat.
Jauh makanan yang mungkin
mengandungi toksin sebab diawet, diproses, ditambah perisa serta disimpan dalam
tin. Jauhkan makanan tersebut dan juga makanan segera, serta minuman manis dan
bergas.
Makan bahan mentah dan segar.
Banyakkan sayur dan buah. Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan
memasak keterlaluan panas atau lama.
Makan bila lapar berhenti sebelum
kenyang. Kunyah makanan perlahan-lahan dan berulang-ulang sehingga makanan
dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik kunyah antara 15 hingga 20
kali setiap suap makanan.
Mulakan makan dengan buah-buahan
dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau boleh jangan tambah
nasi; tambah lauk (protein)
dan sayur-sayur jika sajian pertama tidak mengeyangkan.
Biasakan minum jus buah-buah yang
segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah jus buah yang terbaik
dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau
air kosong.
Jadikan suka makan ulam dan salad
sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan dibuktikan
sebagai antikanser. Begitu juga berbagai-bagai pucuk daun yang mudah ditanam di
sekitar rumah.
No comments:
Post a Comment