Friday, 29 April 2022

ROSLAN BANTU AGIH SUMBANGAN YOKUK

 
Roslan Ismail atau lebih dikenali Roslan Pulau Seratus diamanahkan Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) untuk mengagihkan juadah berbuka puasa kepada penduduk pulau.

Roslan sering menjadi pengantara penduduk kepulauan delta Sungai Kelantan dengan individu, NGO mahupun jabatan dalam menyalurkan bantuan atau menyebarkan maklumat.

Roslan biarpun berstatus orang kelainan upaya (OKU), namun tidak menjadi halangan untuknya melakukan tugas membantu komuniti pulau dan kerja-kerja kesukarelawan.

Untuk melancarkan gerak kerja membantu komuniti pulau, Roslan turut menjadi sebahagian keluarga Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK).

Anda juga boleh menjadi sebagai sebahagian ahli keluarga PCAK sama ada sebagai sahabat atau penyumbang untuk menjayakan program PCAK agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment