Sepertimana yang kita semua
ketahui, di dunia ini wujudnya pelbagai ilmu yang mana manusia bebas belajar
dan mendalami ilmu tersebut tidak kiralah teori dan praktikalnya tetapi apa
yang penting boleh membuatkan seseorang itu berilmu dan berpengetahuan.
Antaranya ialah ilmu matematik, ilmu fizik, ilmu kimia, ilmu wahyu dan ilmu
mantik itu sendiri serta sebagainya.
Pendek kata, semua subjek yang
boleh didalami dan boleh menambahkan pengetahuan seseorang dianggap ilmu. Tetapi,
di sini akan diketengahkan mengenai ilmu mantik yang sangat diperlukan semua
manusia untuk membezakan di antara yang baik dan buruk.
Apabila diteliti tentang konsep keistimewaan dan kelebihan manusia berbanding
makhluk lain ialah akal pemikiran.
Berpandukan akal, manusia dapat
mencari ilmu serta memandu mereka ke arah yang baik dan menilai mana yang benar
dan salah.
Kesesatan manusia juga disebabkan
mereka tidak menggunakan akal untuk tujuan yang baik. Lantaran itu, akal yang
bersifat positif jika digunakan untuk kebaikan akan menjadikan seseorang itu
mulia dan sekiranya pula diarahkan untuk tujuan negatif menyebabkan mereka
binasa dan hina.
Akal ialah sesuatu sifat yang boleh membezakan di antara manusia dengan haiwan
dan makhluk lain. Melalui akal, manusia mampu menerima segala ilmu yang
berbentuk teori serta mampu untuk menyusun idea-idea. Akal dalam bentuk ini
merupakan asas utama kepada fikiran manusia.
Hakikat akal menurut pengertian ini dapat
dijelaskan melalui sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Tirmizi yang
bermaksud: "Tidak ada satu ciptaan Allah yang lebih mulia di sisiNya
selain akal."
No comments:
Post a Comment