Friday, 18 February 2022

KUASA POLIS TAHAN INDIVIDU UNTUK SIASATAN

 
Polis mempunyai kuasa untuk menahan seseorang selama 24 jam bagi menjalankan siasatan. Kalau siasatan masih tidak selesai dalam tempoh tersebut, mereka perlu memohon tambahan hari daripada Majistret pada keesokan harinya.

Tambahan hari ini kita panggil sebagai 'reman'. Reman ini boleh dijalankan sehingga 14 hari sahaja. Jika lebih daripada itu, pihak Polis tak boleh tahan lagi, dan orang itu akan dilepaskan dengan jaminan Polis.

Majistret ada kuasa untuk bagi berapa lama tempoh suspek itu boleh direman. Beliau juga ada kuasa untUk tidak membenarkan reman itu.

Waktu inilah peguam mainkan peranan. Mereka akan ke mahkamah bagi tidak membenarkan suspek direman. Masalahnya kalau peguam buat benda ni, orang kata peguam backup penjenayah.

Boleh tak kita saman Polis sebab menahan 'innocent person' macam?

Jawapannya, tidak boleh. Kita tak boleh saman Polis hanya disebabkan kita tak bersalah.

Sebab, kuasa nak tahan reman ini terang-terang merupakan kuasa mutlak majistret. Pihak Polis sudah pasti memberikan justifikasi mereka untuk menahan sehingga 3 hari. Kuasa mereka diperuntukkan dalam Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Individu hanya boleh saman pihak Polis jika penahanan itu dibuat tidak mengikut prosedur yang dibenarkan undang-undang.

Contohnya, ditahan melebihi waktu yang dibenarkan atau tidak diberitahu tentang pertuduhan ketika ditangkap. Ini kita panggil ia sebagai ‘habeas corpus’’ iaitu penangkapan yang tidak sah.

Alasan 'tak bersalah', bukanlah satu alasan yang boleh diterima. Sebab, pihak Polis berhak untuk siasat seseorang itu sekiranya mereka mendapat laporan atau mereka mendapati beliau terlibat dalam satu-satu jenayah dalam siasatan awal.

Tempoh reman ini adalah tempoh untuk pihak Polis kumpul bukti dan ambil keterangan. Macam mana Polis nak tahu dia salah atau tidak kalau mereka tidak diberikan masa untuk siasat?

No comments:

Post a Comment