Friday, 13 July 2018

JALAN PERSISIRAN PANTAI MELAWI

Jalan Pesisir Pantai sejauh 13 kilometer dibina dari Kampung Pantai Melawi sehingga ke Kampung Air Tawar, di Jajahan (daerah) Bachok, Kelantan. Jalan ini dibina untuk memajukan aktiviti pelancongan di kawasan tersebut. 

Pantai di jajahan Bachok memang terkenal cantik. Sebab itu, Bachok dikenali sebagai Bandar Pelancongan Islam. Kawasan pantai yang menjadi tumpuan sekarang ialah dari Kampung Melawi di utara, menganjur ke selatan sehingga ke sempadan Jajahan Pasir Puteh

Jalan persisiran pantai itu memudahkan dan mendekatkan jarak dari jalan utama untuk masuk ke satu-satu tempat resort atau chalet. Sebelum ini penggunjung melalui Jalan Melawi Tok Bali yang memerlukan pengunjung dari jalan utama terpaksa melalui jalan sempit sebelum sampai ke tempat dituju.

Sekarang terdapat berpuluh-puluh resort dan chalet yang dibangunkan di sepanjang pesisir pantai itu. 

Antara nama resort dan chalet (sekadar diingati atau diketahui penulis) yang terdapat di persisir pantai yang mudah ditujui menggunakan jalan persisiran pantai ialah Bayu Melawi Chalet, Permai Resort, Sudara Beach Resort, Villa Danialla Beach Resort, Pantai Perkasa Chalet, Long Beach Chalet, Pantai Kandis Chalet, Sri Melawi Chalet, Anak Rhu Chalet, D Rhu Chalet, Damai Melawi Chalet, Redwan S Beach Resort Melawi, D Aur Beach Resort dan Sri Aur Chalet.

No comments:

Post a Comment