Monday, 21 September 2026

KUBUNG AKTIF WAKTU MALAM

 
Kubung aktif waktu malam. Mamalia ini aktif terbang dari pokok ke pokok yang lain dengan menggunakan kepingan kulit tambahan di antara kakinya untuk meluncur dari lokasi yang lebih tinggi ke bawah.

Berbanding semua mamalia yang meluncur, kubung mempunyai penyesuaian yang paling sempurna untuk penerbangan. Jarak antara jari dan jari kaki kubung dilapisi selaput renang (webbed).

Kubung meluncur dari satu pokok ke pokok lain untuk mencari makanan atau kemungkinan pasangan dan melindungi wilayahnya.

Kubung hidup bersendirian di lubang pokok, pemalu dan aktif waktu malam. Kubung bersembunyi di dalam lubang pokok atau menggantung di bawah dahan pada hampir sepanjang hari supaya dirinya samar kelihatan oleh pemangsa.

Pada waktu malam, kubung menghabiskan sebahagian besar waktunya di pokok untuk mencari makanan seperti daun muda, bunga dan buah.

Bahagian depan dan belakang badan kubung langsing dan panjang mencapai ukuran 35 hingga 40 cm dan berat satu hingga dua kilogram. Ekornya panjang sederhana dan agak ringan.

Kepalanya kecil, dengan mata yang besar dan fokus depan untuk penglihatan jauh yang sangat baik, dan telinga kecil yang bulat.

Kubung akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.

Kubung haiwan yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang memerlukan lesen pemburuan.

 

No comments:

Post a Comment